Tuesday, 23 April 2013

bahagia

Seumur hidup aku, aku tidak pernah merasa atau mengenali apa itu kebagiaan.
Hidup aku penuh dengan, kepedihan yang tidak mahu aku kenangi lagi..
Tidak pernah merasai keseronokan didalam keluaraga, saudara mara.. mahu pun sahabat
senyum dan gelak ketawa yang aku lontarkan adalah dusta belaka..  
Pernah terlintas difikiran aku, bahawa wujudnya aku didunia hanyalah untuk mengenali erti kebencian sahaja.
Namun, segalanya berubah setelah hadirnya DIA....
4 disember 2012, aku masih ingat lagi ketika itu raptai untuk majlis konvokesyen aku.
Ketika itu, aku bersama sahabat-sahabat aku yang lain sedang sembang di luar dewan sesudah selesai nya raptai konvokesyen aku itu. Sedang leka bersembang, aku terlihat dia sedang bercangkung sambil menyanyi seorang diri, dan terlihat seorang sahabatnya yang sedang berdiri. Mereka seolah-olah, menunggu seseorang...
Aku seperti tertarik melihat gelagat si dia, lalu aku menyidir dengan niat hanya sahabat-sahabat aku sahaja yang dengar.. Ya, memang dia tidak menyedari bahawa aku sedang menyindir dia. Namun,
 sahabatnya yang sedang berdiri sedar tentang perbuatan aku itu dan aku hanya tergelak dan buat seperti tiada apa-apa yang berlaku...Lalu aku beransur pulang tanpa meletakkan apa-apa tindak balas atau reaksi si dia...
Keesokkannya.. ya majlis konvokesyen aku pun sudah berlangsung dengan jaya nya.. aku dengan bangganya telah memiliki segulung diploma hahaha dan seperti biasa bergambar lah....bersama keluarga.. sahabat-sahabat serta diri sendiri haha
Sesudah bergambar dengan mereka, aku pun terus menuju ke fakulti aku untuk mengambil gambar mengikut pakej yang telah aku bayar. Ya seperti biasa, kena menunggu giliran tiba
Sementara aku menunggu giliran ku tiba, secara tidak semena-mena muncul dia dengan keluarga nya untuk bergambar disitu juga dan yang paling aku tidak menyangka dia telah duduk di sebelah aku. Ya memang ada ruang kosong di sebelah aku tetapi aku tidak pernah menyangka dia yang akan duduk disitu dan betul-betul dihadapan aku adalah keluarga dia (dengan adiknya yang melihat aku dengan wajah pelik ahaha)
Setelah dia duduk disebelah aku, aku terus teringat akan kejadian semalam bahawa aku telah mengusiknya tanpa dia sedari, tapi aku lihat dia seolah-olah dia tidak tahu apa-apa haha, aku pun pandang dia dan senyum tetapi dia tidak perasan (malunya haha) jadi aku buat biasa sahaja lah sehingga giliran aku tiba. Selesai sahaja bergambar, aku pun pulang ke rumah bersama keluarga...
Pada malam itu.. seperti biasalah aku memuat naik gambar-gambar yang telah diambil di dalam facebook aku... dan.. buat kali pertamanya dia menegur aku di facebook...
ya kami memang friend di facebook sebab aku pernah add dia dahulu kerana pernah terlihat dan ter berminat ingin add dia di laman facebook tetapi tidak pernah bertegur sapa haha
Jadi pada malam itu dia meninggalkan komen pada salah satu gambar yang telah aku muat naikkan.  Seperti biasa lah aku memberi respon pada setiap komen yang dia beri kan... ketika itu, dia menyataan bahawa dia tahu perihal perbuatan aku pada hari raptai konvekesyen aku tu. Perbualan kami ketika itu di penuhi dengan gelak ketawa, seronok sangat bersembang dengan dia, dia sangat ramah dan kelakar.
Lalu perbualan kami dibawa sehingga ke ruangan chat.
Setiap hari kami bersembang di ruang chat facebook.. seronok sangat ketika itu.. sehingga sampai satu masa timbul rasa rindu apabila tidak dapat berjumpa dengan dia di facebook. Aku tidak pernah meletakan apa-apa jangkaan bahawa dia juga merasa apa yang aku rasa. Yang aku mahu, dapat hibur kan dia, dapat buat dia ketawa sudah memadai bagi aku.. Seronok bila dapat tahu dia gembira haha
Semakin lama aku bersembang dengan semakin kuat kehendak aku untuk mengenali dia lebih dalam. Ya dia juga bercerita bekaitan hal peribadi, aku agak kecewa ketika itu apabila dia menyatakan dia tidak mahu bercinta, sakit bercinta, dan sudah penat bercinta, pendek kat memang dah taknak bercinta lah
Namun dengan sifat professionalism aku hahaha, aku buat seperti tiada apa-apa yang berlaku lah, kerana aku masih lagi belum menyatakan hasrat hati aku pada dia. Jadi, aku cuma ingin berkawan sahaja dengan dia.
Semakin hari, kami semakin rapat.. sehingga tiba pada hari itu, aku pulang kerumah aku yang berada di batu gajah perak, kebetulan dia pun duduk kawasan batu gajah. Tiba-tiba dia mengajak aku keluar bersama sahabat-sahabatnya.. dengan meninggalkan pesanan di ruangan chat aku,
aku pun cakap taknak lah, segan kot.. haha
dia pun seperti bersungguh-sungguh sehingga menyuruh aku call nombor telifon yang ditinggalkan didalam ruangan chat aku itu kerana mereka dalam perjalanan ingin menjemput aku.
Di dalam fikiran aku, dia ni serius ke main-main.. ketika itu aku masih lagi tidak membuat panggilan, aku hanya membalas chat yang di tinggalkan itu..
namun selang berapa minit chat aku dibalas, ayat yang digunakan membuatkan aku terus membuat panggilan kerana mereka sudah pun berada di luar kawasan pengawal keselamatan di kasawan perumahan aku.
Aku memberi arahan jalan kerumah aku.
Tiba nya mereka di dalam kawasan perumah aku, aku hanya melihat dari tingkap rumah melihat mereka dari jauh.. dan dia pun keluar terus belari ke kedai runcit berhampiran tak tau nak beli apa lah kan.
Jadi aku pun turun mendapatkan mereka. Aku agak kekok ketika hendak menegur dia,... haha
dan ketika itu dia menyataakan bahawa, sahabat dia lah yang bersungguh-sungguh ingin aku ikut mereka keluar bersama...dan sahabat dia lah yang meninggalkan pesan dan meletkkan no telefon diruangan chat facebook aku.
Jadi aku tetap dengan pendirian aku bahawa tidak mahu mengikut mereka keluar bersama dengan alasan penat, baru pulang dari greentown mall haha, (padahal segan dengan dia haha)
jadi mereka pun pulang dan aku pun terus masuk ke rumah...
Jadi, secara tidak langsung kami sudah memiliki nombor telefon diantara satu sama lain.. tetapi masih tidak lagi menggunakan nya sebagai medium perbualan lagi...
Sehingga tiba pada hari itu.. aku ingin pulang ke kampung dengan menaiki train pada pukul 5 pagi... tidak aku menyangka dia menghantar pesanan ke nombor telefon bimbit aku dengan pesanan selamat tinggal.
Ketika itu aku terus membalas pesanan itu.. dan kami pun bersembang sampai kredit aku habis kerana aku menggunakan celcome dan dia menggunakan maxis, memang laju lah kredit habis haha
Jadi, di saat itu lah, kami mula bersembang melalui SMS tetapi tidak selalu kerana masih lagi menggunakan facebook sebagai medium utama untuk bersembang...
Maka pada tanggal 13 februari 2013 berlakunya sesi confession haha.. dia menyatakan hasrat hati nya dan begitu juga aku, dan bercintalah kami disaat itu...
sehinggalah kini...
Aku bersyukur sangat dipertemukan dengan dia...
kerana..
dia sangat memahami...
kelakar...
manja...
membuat aku sentiasa ingin membahagiakan nya..
menerima aku seadanya...
mencintai aku sepenuh hatinya
menyayangi aku
membuat aku rasa diri disayangi...
ada disaat aku memerlukan...
membuat aku jatuh cinta setiap hari
membuat aku sentiasa merindu kan dia..
membuat aku tenang dengan senyuman dia
sentiasa ingin mempertahan perhubungan ini
dan banyak lagi
pendek kata
kehadiran dia banyak mengubah hidup aku,
dia mengajar aku erti cinta sebenar... sebab dulu aku tidak pernah mempercayai cinta dan aku sering mempermainkannya
dan yang paling utama...
dia mengajar aku erti KEBAHAGIAAN...



ya memang kami masih baru, tetapi aku berharap sangat agar dia lah yang terakhir buat aku,
aku terima dia seadanya.. dan sedang membuat persediaan ke alam perkahwinan...
aku ingin hidup dan bahagia bersamanya sampai lah ke SYURGA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...